
Sulit
4 tahun
Haid tidak dtng sudah 5 bulan
Sy seorang ibu tunggal berusia 30 tahun…sy mengalami masalah haid tidak teratur sejak dari tahun 2019…dn pada tahun ini haid terakhir hnya pada hujung bulan 4 dan sehingga ke hari ini tidak datang haid lagi…sy juga kerap keputihan yg melampau sihingga menimbulkn bau yg kurang selesa…dan semenjak tidak dtng haid,perut sy semakin kembung dan kerap kejang otot…boleh doktor bg tahu sy apa masalah sy sbnrnye…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Persoalan anda tentang hormon anda dengan kitaran haid anda memerlukan pemeriksaan rapi dari doktor. Ujian darah dan alat sulit perlu dibuat.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Oleh itu, terdapat beberapa punca lain untuk haid lewat walaupun anda masih belum berkahwin. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!