Sulit
4 tahun
Hingus kahak berdarah
Saya selsema tetapi hanya disebelah hidung . Kahak dan hingus juga keluar bersama darah. Hidung tersumbat juga hanya disebelah hidung
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kahak berdarah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah darah cair
- Jangkitan sistem pernafasan virus (Viral URTI)
- Batuk kronik sehingga menjejaskan saluran darah kecil menyebabkan batuk berdarah
- Tuberculosis (TB)
- Jangkitan paru-paru (Pneumonia)
- Kanser paru-paru
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana dikhuatiri anda akan mengalami komplikasi darah kurang (anemia). Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.