
Sulit
5 tahun
Hiv apakah simpton simpton
Hi doktor…boleh sy tahu sipmton terkena jangkitan hiv apa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, pada peringkat awal jangkitan HIV pesakit mungkin tidak dapat memanifestasikan simptom atau sebarang gejala. Hal ini kerana, imuniti badan pesakit masih tinggi ketika fasa awal jangkitan. Hal ini tidak menjadikan keadaan selamat kerana pesakit mampu menyebarkan virus berkenaan walaupun ianya adalah pada peringkat awal. Pada peringkat ini, pesakit mungkin mengalami gejala-gejala seperti demam, batuk, sakit otot, sakit tekak, sakit kepala, cirit-birit, keletihan, sakit sendi dan sebagainya. Walaubagaimanapun, gejala-gejala ini tidak spesifik dan boleh dialami oleh semua individu tidak kira samada mereka dijangkiti HIV ataupun tidak. Jika pesakit tidak menjalani rawatan HAART (Highly Active Antiretroviral Therapy) atau ART (Antiretroviral Therapy), mereka berkemungkinan dan berisiko untuk mendapatkan gejala AIDS seperti jangkitan sistem pernafasan, batuk kering yang berlarutan, cirit-birit yang teruk, jangkitan kuman pada otak, jangkitan kulat mahupun kanser. Pesakit juga berkemungkinan untuk susut berat badan dengan banyak pada waktu yang singkat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.