
Sulit
4 tahun
Hiv hep b and c kaitannya
Hello doctor…saya 2bkali buat ujian rapid test hiv Dan keputusn negative…sy juga ada buat ujian hep b dan c…adakah kemungkinna sy negative juga hep b anc c?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Untuk maklumat anda, ujian rapid test HIV adalah spesifik untuk penyakit HIV manakala ujian Hepatitis B & C pula adalah spesifik untuk penyakit Hepatitis B & C. Kedua dua ujian ini sering dilakukan sekali pada waktu yang sama oleh doktor kerana golongan positif HIV berisiko tinggi untuk menghidapi Hepatitis B dan C. Namun, jika keputusan ujian rapid test HIV anda negatif, ini tidak bermakna keputusan ujian Hep B & C anda negatif juga.
Anda boleh baca lebih lanjut mengenai Hepatitis di sini
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.