
Sulit
4 tahun
HIV UVL -adalah non plhiv berisko d jangkiti oleh pasangannya
Assalamualaikum…
Saya ingin bertanya … bagaimana Kalo pasangan Kita dah uvl … tetapi pasangan seorg lagi non-plhuv Dan yg non plhiv melalakukan seks tanpa condom mahupun pengambilan prep… Ada kah kemungkinan si non-plhuv dapat jangkitan …
pasangan seorg yg +plhiv Pula memnang dah uvl lama tetapi PADA sehari sebum melakukan seks tak bterlinfung si +plhiv terlupa mengambil haart nya … tetapi selang 4 jam dia ingat dia makan ubat nya … bagaimana dengan non plhiv teesebut. Ada kah beliau Ada risiko mendapat Dari pasangannya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, CDC( Centre For Disease Control and Prevention) memberi pencerahan bahawa seseorang yang positif HIV tetapi berstatus UVL tidak dapat menjangkiti seseorang yang lain melalui hubungan seks. UVL tidak bermakna beliau bebas HIV tetapi jumlah virus dalam badannya sangat rendah. Namun, anda tetap disarankan untuk menggunakan perlindungan semasa melakukan hubungan seks untuk megelakkan mendapat jangkitan kelamin yang lain.
Jika pasangan anda lupa untuk mengambil haart hanya dalam jangka masa 4 jam, maka ia tidak menjejaskan kandungan ubat dalam darah dengan kadar yang tinggi. Oleh itu, risiko jangkitan masih rendah.
Saya akan menerangkan sedikit tentang peringkat-peringkat jangkitan HIV. Dalam peringkat awal jangkitan HIV seseorang mungkin mengalami simptom-simptom serupa selesema seperti demam, sakit kepala, sakit otot, keletihan, kelenjar limfa membengkak dan ruam merah yang tidak gatal. Simptom-simptom awal ini boleh muncul 1-4 minggu selepas seseorang dijangkiti HIV dan mungkin akan berlangsung selama 1-2 minggu sebelum hilang sepenuhnya. Peringkat kedua pula merupakan tempoh di mana kebanyakan orang tidak mengalami apa-apa simptom dan ini boleh berlangsung selama >10 tahun.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.