Sulit
5 tahun
Hubungan sex tanpa pelindung
saya have sex pada hari saya patut period. saya patut period 2hb tapi tak ada jadi saya have sex petang tu dan pancut dalam. saya terus makan pil escapelle sejam selepas kejadian dan makan pil noriday keesokan harinya sehingga ke hari ini. saya terlalu takut mengandung sampai ke harini saya tak period. apa yg patut saya lakukan sampai ke harini saya tak period tolong bantu saya doc. besar kemungkinan saya mengandung ke.
5 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun berikut hanya deskripsi awal yang memerlukan arahan selanjutnya dari doktor yang lebih pakar. Selain itu, sekdar informasi awal, melakukan hubungan seksual pada hari anda haid sebenarnya adalah tidak digalakkan atas faktor kesihatan.
Pil Postinor @ Escapelle berfungsi dengan mengganggu hormon dalam badan anda - dengan cara, mencegah berlakunya inseminasi atau persenyawaan di dalam rahim.
Lebih awal anda mengambil Postinor @ Escapelle, lebih berkesan untuk anda mencegah kehamilan. Dinasihatkan untuk mengambilnya (tablet pertama) sebaik sahaja selepas bersetubuh atau selewat-lewatnya 72 jam selepas. Ambil tablet kedua sebaik 12 jam selepas tablet pertama.
Dianggarkan bahawa Pil Postinor @ Escapelle akan mencegah 95% kehamilan jika diambil dalam 24 jam pertama, namun turun menjadi 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam setelah hubungan seks tanpa perlindungan.
Untuk mengenalpasti kondisi rahim anda, anda boleh melakukan ujian kehamilan di rumah dengan cara yang betul, atau merujuk ke doktor di klinik atau hospital yang berdekatan.
Walaupun ia tidak berbahaya. namun masih mempunyai kesan sampingan yang berdampak pada sesetengah wanita. Selain itu, terlalu kerap memakan pil ini juga akan mengganggu kitaran haid wanita dan meningkatkan lagi kadar kesan sampingan yang lain.
Antara kesan sampingan pil ini adalah :
- Haid tidak teratur
- Keletihan
- Mual
- Muntah
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Pening
- Sakit kepala
- Sakit payudara
- Pendarahan faraj
- Tindak balas kulit
- Pendarahan
Antara kontraindikasi (baca: syarat-syarat tidak boleh digunakan) pil Postinor-2 adalah:
- Kehamilan
- Masih menyusu anak bayi
- Terdapat perdarahan kelamin (baca: istihadah)
- Gangguan organ hati
- Sejarah alahan pada ubat
- Telah melakukan hubungan seks melebihi 72 jam sebelumnya

































