
Sulit
3 tahun
Ibu jari kaki berdenyut terasa hingga lutut
Hi doc, beberapa hari kebelakangan ini saya kerap mengalami ibu jari kaki berdenyut terasa hingga lutut. Keadaan ini berlaku dari mula bangun tidur dan menjejaskan pergerakan saya . Apakah yg sedang berlaku pada saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah di mana ibu jari kaki berdenyut sehingga dirasakan pada lutut.
Masalah yang anda terangkan adalah terlalu umum dan kami memerlukan maklumat lanjut untuk mengetahui punca sebenar masalah anda. Secara umumnya, masalah anda boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti berikut :
- kecederaan pada bahagian kaki
- komplikasi penyakit seperti hipertensi dan kencing manis
- masalah saraf
- masalah pada saluran darah
Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor jika gejala anda berpanjangan. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda mengatasi masalah ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor