Sulit
3 tahun
Jangkitan kulit yang terdapat di bawah kuku di jari tangan. berasa gatal. cecair keluar. kerak kuning berlaku. meninggalkan parut
saya nak tanya. kenapa kulit di bawah kuku saya di jari tangan saya berasa gatal dan apabila digaru, dia akan bertukar menjadi cecair yang melekit. selepas beberapa hari, dia akan bertukar kepada kerak bewarna kuning serta meninggalkan parut kulit yang bertukar menjadi hitam. sebelum cecair keluar, kulit akan berasa gatal kadang kadang terasa seperti ada cecair di dalam kulit kerana permukaan kulit licin serta ditekan, lembut.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah kulit.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya tidak boleh memberi apa apa konklusi kerana saya perlu melihat dan melakukan pemeriksaan secara fizikal di klinik. Oleh itu saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan Doktor di klinik bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
Namun begitu, terdapat beberapa kemungkinan yang berlaku:
- Jangkitan kuman pada kuku
- Jangkitan kulat
- Masalah kulit
- Keradangan
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.