allianadirah97
3 tahun
Jari bengkak dan keras
Saya wanita dalam 20an
Saya selalu kalau drive jari mesti keras disebabkan aircond kereta
Hari ni kena lagi jari jadi keras n bengkak sedikit, walaupon sekejap sahaja kemudiannya jari keras n bengkak tu dh mula hilang… apa ia penyakit yg bahaya doc? Tq
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala jari bengkak dan mengeras ketika suhu sejuk boleh disebabkan:
- Fenomena Raynaud - seperti Raynaud primer, penyakit Sclerosis Sistemik, SLE
- Alahan - terhadap suhu sejuk
- Kurang aliran darah ke tangan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































