
dawnduskm
4 tahun
Jari dan tapak tangan kerap luka
Hai. Saya lelaki berumur 29 tahun.
Sejak dunia dilanda pandemik, saya sangat menitikberatkan kesihatan dan keselamatan diri. Secara spesifiknya, membasuh tangan dengan sabun, serta sanitasi tangan. Saya akan memakai hand sanitizer setiap kali keluar rumah, ke tempat awam, ke tempat kerja, dan sebelum masuk rumah. Tidak kira tempat dan waktu.
Tapi, sejak beberapa bulan kebelakangan ni, saya kurangkan basuh tangan dengan sabun, dan pakai hand sanitizer, kerana saya mendapati tangan saya kerap luka dengan sendiri. Saya tak merasa sakit, tapi saya cuma perasan tangan saya luka bila ternampak darah mengalir di jari dan tangan.
Kawasan yang kerap luka, ialah di celah jari, hujung jari, serta celahan kuku.
Apakah ubat yang boleh saya pakai untuk menangani masalah ini?
Terima kasih.
p.s : saya tidak mengalami kekurangan air. Setiap hari saya minum 1 liter - 1.5 liter air.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Inginkan kelegaan buat sementara waktu ? Dapatkan ia segera.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kulit yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit kulit - seperti ekzema/psoriasis/dermatitis/seborrheic
- Alahan kulit - pada tempat tidur, kain, makanan
- Jangkitan kulit - oleh kuman atau kulat
- Gangguan kelenjar peluh
- Gangguan reumatoid atau gout
- Gangguan pembuluh darah atau saraf
- Gejala-gejala awal kencing manis
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).