
Sulit
3 tahun
Jari kaki selalu bengkak sebab luka dan berair
Salam sejahtera, saya wanita bujang berumur 20-an, doktor saya nak tanya apa penyelesaian untuk jari kaki yang selalu luka, sakit dan berair? Kaki saya selalu bengkak sebab sakit, luka dan berair terutama di bahagian tepi kuku di ibu jari kaki. Saya sedar ia berlaku kadang-kadang sebab kuku masuk dalam dan sering terkena air dan luka tu betul2 merosakkan isi di bahagian kuku saya. Mohon pencerahan, terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, gejala sakit sendi yang anda alami boleh disebabkan:
- Polymyalgia rheumatica - sejenis sindrom sakit sendi yang tidak diketahui puncanya
- Penyakit arteri periferi - faktor penyebab seperti kencing manis dan darah tinggi. Penyakit ini menyebabkan saluran darah pada sendi dan hujung kaki/tangan tersumbat dan menyebabkan kesakitan
- Artritis Psoriasis - sejenis artritis yang menyebabkan sakit pada tangan/kaki
- Artritis rheumatoid
- Gout
- Kencing Manis
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.