
Sulit
4 tahun
Jatuh sebab main bola tampar
Hai saya berumur 15 tahun kejadian ni berlaku tahun lepas masa sedang bersukan kami bermain bola tampar tiba tiba kaki saya sakit tak boleh luruskan kaki. Saya pergi klinik keesokan harinya dan doktor bagitau ini sport injired dan bagi saya mc. Saya dah mengurut juga tapi sampai sekarang masih tak pulih. Boleh berjalan semua tetapi semasa duduk antara dua sujud (solat) iaitu semasa lipat dua kaki ke bawah punggung rasa sakit sangat. Semasa sujud juga. Sekarang pun masih tak boleh luruskan kaki.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kecederaan pada kaki akibat bersukan mempunyai banyak jenis. Anda boleh merujuk semula perkara ini kepada doktor yang merawat anda. Hal ini kerana beliau boleh memberi keterangan yang lebih spesifik selepas membuat penilaian dan pemeriksaan ke atas anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.