Sulit
4 tahun
Kaki bengkak akibat ubat darah tinggi
hi doctor. saya nak tanya, macam mana ya rawat kaki bengkak(area buku lali) akibat makan ubat darah tinggi? my mom never took ubat darah tinggi. suddenly masa kuarantin doctor suruh makan sebab bp dia tinggi masa kuarantin due to susah nak tidur. tapi bila dia makan, kaki dia bengkak area buku lali. sebelum ni takda bengkak kalau dia bekerja berdiri lama. bila jumpa doctor, doctor tu suruh dia continue consume ubat tu. saya sejujurnya risau sebab saya takut akan ada effect kat kaki dia nanti kalau lama kembang kat kaki tu. macam mana dengan pengambilan ubat tu? jumpa doctor untuk tukar atau teruskan makan? risau saya doctor. susah hati saya mengenangkannya.
thanks doctor for your attention.
4 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai kaki ibu anda yang membengkak. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan kaki menjadi bengkak. Antara sebab tersebut adalah:
- Kegagalan jantung (congestive heart failure)
- Penyakit buah pinggang
- Sindrom Deep Vein Thrombosis (DVT)
- Jangkitan kulit (Cellulitis)
- Gout
Oleh itu, saya mencadangkan kepada anda agar merujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.































