
ishaksgmerab
2 tahun
Kaki bengkak dan merah
Bengkak dan sakit rasa macam kulit betis tu nak pecah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang anda hadapi, namun maklumat yang anda berikan adalah tidak mencukupi untuk kami membuat kesimpulan. Namun begitu, rasa bengkak dan sakit pada bahagian betis atau kaki boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Jangkitan kulit yang teruk
- Deep vein thrombosis
- Cellulitis
- Radang akibat kecederaan otot kaki
Kaki bengkak juga boleh disebabkan oleh masalah lain seperti masalah buah pinggang dan masalah jantung. Biasanya masalah ini disertai dengan gejala lain seperti sesak nafas. Seperti yang saya terangkan ntuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.