Sulit
4 tahun
Kaki bengkak & merah serta ada gelombung air
Umur 53 thn. Tiada penyakit apa2.
Setelah makan ubat jadi gelombung seperti ada air
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kaki bengkak serta kemerahah selepas mengambil ubat boleh disebabkan:
- Kesan ubat - jika ubat tersebut adalah untuk sakit jantung
- Alahan kepada ubat
- Jangkitan kulit (cellulitis)
- Penyakit saluran darah tersumbat (deep vein thrombosis)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan seperti nama ubat dan sejarah kesihatan anda serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































