
Sulit
4 tahun
Kaki bengkak sebelah kiri lebih seminggu
sy wanita berumur 35,sudah seminggu lebih kaki sebelah kiri bengkak dan sakit dibahagian atas tapak kaki.tidak ada jatuh.sy penghidap iron difecency anemia,adakah disebabkan penyakit saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah kaki kiri yang bengkak pada atas tapak kaki yang mungkin boleh berkait dengan penyakit Iron Deficiency Anemia yang anda tengah hadapi.
Untuk makluman anda, penyakit IDA boleh berkait dengan masalah bengkak anda alami mungkin boleh berkait antara satu sama lain ataupun tidak.
Namun, penyakit IDA ini boleh menyebabkan beberapa penyakit lain yang tersenarai berikut iaitu:
- Masalah jantung. Ini boleh menyebabkan tekanan salur darah kita terganggu dan boleh menyebabkan cecair badan terkumpul di bahagian kaki, tangan dan lutut, sehingga menyebabkan gejala bengkak
- Masalah ketika mengandung
- Masalah penumbuhbesaran
Bagi bengkak pada atas permukaan kaki, ia boleh disebabkan oleh penyakit yang khusus seperti:
- Keradangan fascia pada tapak kaki (Plantar fascitis) yang boleh disebabkan oleh penggunaan kaki yang berlebihan, ketegangan, kecederaan ataupun jangkitan kuman.
- Penyakit kronik kekurangan vena (Chronic venous insufficiency)
- Penyakit buah pinggang
- Penyakit kebekuan darah
- Jangkitan kuman
- Kesan sampingan ubat seperti: pil perancang, ubat darah tinggi, steroid, dan ubat untuk depressi.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah ini bagi mendapatkan punca masalah lebih tepat serta mendapatkan rawatan yang sesuai.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.