
Sulit
3 tahun
Kaki berasa lenguh waktu malam
Hai, saya wanita berumur 23 tahun. Saya sering merasa lenguh di bahagian betis pada kedua belah kaki pada setiap malam sebelum mahu tidur. Dan perkara tersebut turut mengganggu waktu tidur saya kerana kaki terlalu lenguh.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami faham bahawa anda mempunyai masalah lenguh kedua belah kaki pada waktu malam. Jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, lazimnya, masalah lenguh pada anggota badan seperti kaki boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- kekurangan zat besi dan kalsium
- aktiviti yang membebankan
- tidak cukup rehat
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian doktor dengan segera seperti:
- rapuh/hakisan tulang
- keradangan sendi
- masalah saraf
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor .