
Sulit
4 tahun
Kaki dan kuku kaki kebiruan
Saya mengalami kebiruan hampir keseluruhan kedja
Kaki kiri dan kanan termasuk kuku…tetapi tidak sakit…boleh saya tahu penyebab berlakunya masalah tersebut dan perlu ke saya rujuk hospital.terima kasih

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah kebiruan kaki dan kuku boleh disebabkan oleh kekurangan oksigen yang sampai pada anggota tersebut dan hal ini boleh disebabkan oleh seperti masalah saluran darah dan masalah beku atau frost-bite.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.