Sulit
2 tahun
Kaki dan tangan menggeletar
Saya wanita berumur 27 tahun mengalami masalah tangan dan kaki menggeletar selepas melakukan kerja berat.selain itu saya juga apabila berjalan kaki 20 minit kaki akan berasa menggeletar. Boleh saya taw apa perlu saya lakukan.selain itu saya ingin bertanya bagaimana untuk menghilangkan vertigo yang berpunca daripada stress dan tekanan…
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Hipertiroid
- Hipoglikemia
- Demam panas
- Masalah psikiatri
- Parkinson
Untuk menghilangkan vertigo yang berpunca daripada stress dan tekanan, anda boleh melakukan perkara berikut:
- Mendengarkan muzik yang menenangkan
- Meluangkan waktu untuk melakukan hal-hal yang membuat diri anda gembira
- Meditasi
- Bersukan atau bersenam
- Mengehadkan pengambilan kafein
- Minum air putih secukupnya
- Berehat secukupnya.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.