Sulit
5 tahun
Kaki kanan sakit sehingga sukar berjalan
Saya remaja perempuan berusia 19 tahun dan kini sedang menuntut di sebuah universiti awam di Malaysia… Sejak 2 minggu yang lalu…kaki kanan saya berasa sakit…pada awalnya ia hanya membengkak di kawasan buku lali kanan dan selepas saya meletakkan minyak angin…kesakitan trsebut beralih ke betis kanan…tetapi pada kali ini buku lali kiri saya membengkak…untuk pengetahuan doktor…bengkak di bahagian kedua-dua buku lali tersebut tidak sakit tetapi bahagian betis berasa terlalu sakit sehingga saya terpaksa berjalan dgn prlahan²…saya telah ke pusat rawatan untuk mendapatkan rawatan lanjut tetapi doktor tersebut hanya memberikan painkillers dan mnyatakan sakit tersebut hanyalah melibatkan muscle… Kesakitan ini mula hilang beberapa hari yg lepas…tetapi pada semalam kaki kanan saya kembali sakit dari bahagian atas kaki (sekitar paha) sehingga ke betis sehingga saya tidak mampu untuk berjalan normal dan terpaksa bergantung pada besi tangga ketika ingin menaiki tangga…dan apabila saya menaiki tangga pasti lutut saya menjadi lemah secara tiba-tiba sehinggakan kadang kala saya terjatuh sndiri…Jadi saya ingin mengetahui apakah sebenarnya penyakit saya dan apakah yg perlu saya lakukan??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kaki bengkak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kuman (Cellulitis)
- Trombosis urat dalam (DVT)
- Keradangan dalam tisu kaki akibat kecederaan atau penyakit lain (eg: gout, osteoarthritis atau artritis reumatoid)
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu aktiviti harian anda, sebaiknya anda merujuk doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjut untuk masalah ini seperti X-Ray dan sebagainya. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
































