
Sulit
4 tahun
Kaki kanan saya tidak lagi rasa air sejuk
Assalamualaikum, saya seorang lelaki berumur 26 tahun, seorang pereka grafik sambilan, perokok tegar dan kategori obese.
2 minggu lepas, saya dapat merasakan yang kaki di bahagian kanan saya tidak lagi dapat merasakan air sejuk ketika saya mandi di waktu pagi.
Saya cuba urut, tetapi masih lagi tidak hilang ketidak selesaan itu.
Ia bukan sahaja di bahagian kaki, di bahagian perut di bahagian kanan sehingga ke lutut, juga merasakan ketidak selesaan itu. Saya tidak merasa pedih, sakit, atau kebas yang melampau. Cuma, apabila saya melakukan aktiviti berjalan, tapak kaki saya akan berasa lenguh.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tarsal Tunnel Syndrome
- Penyakit Arteri Periferal
- Tekanan Pada Saraf
- Fibromyalgia
- Neuropati Diabetes
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.