
Sulit
3 tahun
Kaki kengkang @ Bow leg
Saya seorang wanita berumur 30 tahun. Saya perasan kaki saya sedikit kengkang. Saya juga pernah di ejek jalan kengkang. Saya ada google berkenaan bow leg dan dapati seakan2 sama pada kaki saya (ada rongga @ ruang ditengah antara kaki apabila berdiri dan rapatkan kaki. Soalan saya, bagaimana dan di mana saya boleh dapatkan pengesahan doktor bahawa saya mengalami bow leg? Ada rawatan kah untuk keadaan begini?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, anda ingin mengetahui tentang bagaimana cara untuk mengesahkan anda mengalami kelainan kaki (bowlegs) dan apakah terdapat rawatan untuk gangguan tersebut.
Umumnya bowlegs adalah kelainan struktur kaki yang boleh disebabkan oleh
- penyakit Ricket
- gangguan pertumbuhan pada kaki
- perbaikan tulang (akibat patah) yang kurang sempurna
Untuk mengetahui tentang kondisi kaki anda dan apakah ianya berhubungkait dengan gangguan yang anda nyatakan, penilaian dan pemeriksaan dari doktor perlu dilaksanakan terlebih dahulu.
Umumnya terdapat pelbagai rawatan yang boleh dilaksanakan terhadap gangguan bowleg termasuk rawatan operasi bedah dan terapi fizikal seperti bracing.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara langsung di atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut tentang masalah ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.