Sulit
5 tahun
Kaki kri bngkak slpas xcdnt
sy lelaki umur 22 kaki kri syg bngkak lpss excdnt tu so mcm mn sy nk hilangkn bngkak?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Kaki bengkak selepas kemalangan adalah proses semulajadi hasil kecederaan pada badan akibat keradangan pada otot/ligamen/tendon atau saluran darah. Selain itu, bengkak pada kaki juga boleh disebabkan kumpulan darah akibat saluran darah pecah selepas kecederaan/kemalangan. Bengkak pada kaki akan mengambil masa sedikit untuk surut bagi orang yang sihat dan tidak mempunyai masalah kesihatan. Namun sekiranya anda mempunyai gejala sakit berpanjangan atau bengkak membesar, anda perlu mendapatkan pemeriksaan doktor bagi mengenalpasti punca masalah dan rawatan bersesuaian. Secara umumnya, rawatan bagi bengkak kaki adalah dengan krim tahan sakit yang mempunyai kesan anti-keradangan juga.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































