
nibukanlupi
2 tahun
Kaki lemah ketika mendaki
Saya berumur 27 tahun, saya rasa pertahanan kaki saya lemah kerana kurang latihan apabila saya hiking, dan ketika turun kaki saya terasa lemah dan mula bergegar, jadi saya ingin bertanya, jika saya melatihnya dengan membuat skipping setiap hari, dan saya melakukan ia pagi petang malam, dalam keadaan terkawal, seperti apabila saya tidak mampu, saya berhenti, dan menyambung nya ketika petang pula, adakah boleh?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Secara amnya adalah biasa untuk kami mengalami hal ini adalah disebabkan oleh keletihan yang dialami ketika mendaki. Akumulasi asid laktik di otot otot yang aktif semasa mendaki akan menyebabkan keletihan dan kesakitan.
Adalah dinasihatkan untuk membuat aktiviti rengangan seperti senaman dan ‘skipping’, seperti yang anda nyatakan untuk mengatasi hal ini.Jikalau ia berterusan adalah amat dinasihatkan untuk anda mendapatkan pandangan doktor.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih