
Sulit
4 tahun
Kaki nyeri dan lemah
Saya remaja lelaki berumur 17 tahun,doc saya nak bertanya saya mengalami kaki nyeri+lemah sudah melebihi 3bulan lebih… walaupun sudah rujuk pakar orthopedic saya masih tidak pulih…dan sekarang saya Alamo kesukaran untuk berdiri,berjalan kaki saya juga pucat dan akan kebas sekiranya saya berada disuatu tempat,persoalan saya adakah kekurangan folic acid menyebabkan saya mengalami sakit begini dan apakah tanda² seseorang itu kekurangan folic acid dalam badan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kaki berasa nyeri dan lemah ini boleh disebabkan:
- Masalah cakera tulang belakang - seperti “slipped disc”
- Masalah saraf kaki - akibat kurang vitamin B/potassium/kalsium
- Masalah penyakit saluran darah seperti vaskulitis
- Sindrom Guillain-Barre
Kekurangan asid folik akan menyebabkan anemia iaitu kurang darah merah. Ia tidak akan menyebabkan gejala pada kaki anda namun ia akan memberi kesan seperti lemah badan dan pitam. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.