
Sulit
4 tahun
Kaki rasa kebas dan tumit sakit untuk pijak
Salam.saya nak tanya. Umur Saya 39 tahun.kemarin Kaki Saya mula kebas dihujung jari tapi hari ni mula kebas sehingga tumit kaki. Dan ada jugak bintik2 merah di kaki dan betis. malam tadi Saya chek gula 5.6.Pagi ni Saya chek Paras gula 5.4. t.kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Diabetes atau kencing manis
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma
- Masalah otot dan juga saraf
- Kekurangan vitamin
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.