
Sulit
3 tahun
Kaki sakit,kaki akan cepat sejuk
kaki saya selalu sakit kalau sya byk guna kaki mcm saya byk atau kalau sejuk…sakit dia mcm sakit saraf atau sendi…biasa nya kalau sakit,saya akan letak minyak angin yg panas…just boleh kurang kan sakit…

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kebimbangan anda tentang sakit kaki yang dirasakan ketika sejuk atau banyak guna kaki dan menurun setelah meletakkan angin panas. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala sakit kaki dan kesejukan pada anggota tubuh, boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:
- kekejangan otot
- perubahan cuaca
- radang sendi
- cemas
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- gangguan saraf
- peripheral artery disease
- penyakit metabolisma
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara langsung agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.