
lizaibrahim43
4 tahun
Kaki sembab sebelah kanan
Kakak saya sakit kaki sebelah kanan sampai nak jalan susah pastu sekarang ni nampak macam sembab pulak kenapa ya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai punca sakit kaki antaranya:
- Terseliuh
- Kecederaan pada tulang kaki
- Kecederaan pada bahagian luaran kaki seperti luka
- Masalah pada saraf kaki
- Terlalu banyak berjalan atau berjalan dengan postur yang salah juga boleh menyebabkan sakit pada kaki.
Sembab atau bengkak pada kaki biasanya boleh berlaku selepas kecederaan pada mana-mana struktur kaki. Kaki yang bengkak juga boleh menandakan terdapatnya gangguan pada aliran darah ke kaki. Selain itu kaki bengkak juga boleh menjadi gejala kepada masalah buah pinggan atau masalah jantung.
Untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi oleh kakak, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk kakak anda kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.