Sulit
3 tahun
Kaki tapak kaki sakit sellu kebas, badan cepat penat
Saya wanita , usia 25 tahun, sering sakit bahagian tengah tapak kaki, sebelah ibu jari tu sampai kebawah. Kenapa ye. Sering sakit, kaki selalu kebas-kebas, badan cepat penat.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit tapak kaki.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sakit kaki sebegini biasanya disebabkan oleh:
- Duduk yang lama boleh menyebabkan saraf terperangkap dan aliran darah kurang ke kaki, sekaligus menyebabkan kebas.
- Peripheral Artery Disease : terdapat plak yang tersumbat di dalam saluran darah di kaki menyebabkan saluran darah tidak lancar
- Diabetic Neuropathy : kerosakan saraf disebabkan oleh penyakit kencing manis
- Masalah saraf tulang belakang
Sekiranya anda mengalami gejala lain seperti di bawah, sila berjumpa dengan doktor segera:
- Kebas yang berpanjangan
- Loya dan muntah
- Sakit kaki
- Hilang/gugur bulu di bahagian kaki
- Kekejangan
- Badan tidak boleh seimbang
- Penat dan lesu
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah kebas.
Gejala sebegini memerlukan pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital bagi mengetahui kondisi sebenar. Oleh itu sekiranya anda mengalami gejala ini berpanjangan dan mengganggu aktiviti harian, sila berjumpa dengan doktor.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.