Sulit
3 tahun
Kebas Belakang Tumit Kaki
Hi doctor! Saya berumur 24 tahun. Dan sudah dua hari saya rasa kebas di bahagian belakang tumit kaki. Boleh doctor nasihat tentang sakit ini? Terima kasih banyak banyak doctor.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- kekurangan vitamin B
- kencing manis
- masalah pada saraf dan saraf tunjang
- masalah pengaliran darah
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.