
Sulit
4 tahun
Kebas di kedua-dua tangan dan kaki. Mengalami kenaikan berat badan yang mendadak dan kaki dan tangan seakan bengkak
Saya wanita berusia 40 tahun. Mengalami kebas di kedua2 tangan dan kaki. Dalam setahun ni, saya mengalami kenaikan berat badan sehingga 8kg. Dalam dua bulan ini diserang sakit di bahangian pinggang dan kaki. Hingga menyukarkan berjalan secara normal. Saya telah diberikan ubat tahan sakit dan muscle. Baru- baru saya menyedari tangan dan kaki seakan bengkak dan perut agak buncit. Adakah saya mengalami masalah jantung? Saya risau

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasiih kerana menhubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Secara umumnya, sakit-sakit tersebut pada individu yang masih di peringkat usia produktif (baca: working age group ) adalah lazim, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kerap melakukan aktiviti fizikal.
Untuk makluman anda, gejala yang puan alami boleh dikaitkan dengan kondisi kesihatan yang sangat luas, sehingga ia memerlukan pemeriksaan berkala dari pihak kesihatan secara langsung. Namun secara umumnya ia boleh disebabkan oleh:
- pengumpulan cairan tubuh secara mendadak
- gejala alahan kepada sesuatu benda atau perkara
- kesan dari kerja berat
atau ia juga boleh menandakan penyakit yang lebih serius seperti:
- gangguan reumatoid (rheumatoid arthritis)
- gangguan saraf (tunnel syndromes)
- gangguan muskuloskeletal
- gangguan jantung
- komplikasi obesiti
- gangguan saluran vaskular
- dan lain-lain
Namun kami berharap anda tidak terlalu risau dan cuba mendapatkan rawatan di institusi kesihatan yang sesuai untuk mengetahui dengan lebih tepat tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat ( sekiranya perlu ) boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.