
Sulit
4 tahun
Kebas kaki dan tangan kebelakangan ini
Hye, sy perempuan berusia 24 tahun. Lately ni sy kerap mengalami kebas tangan dan kaki. Ada masanya kdg, semasa tidur pun ia kerap terjadi. Kebas. Sebelum sy pernah mengalami tekanan darah rendah. Adakah kebas ini merupakan faktor pengulangan berlakunya tekanan darah rendah itu, ataupun sebaliknya ? Sy juga merasai sakit tulang belakang ketika tidur dgn adanya kebas tangan dan kaki ini. Apakah sy perlu menjalani rawatan lanjut & apakah kemungkinan sakit ini ? Mohon pencerahan doktor. Thanks.

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasiih kerana menhubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Secara umumnya, sakit-sakit tersebut pada individu yang masih di peringkat usia produktif (baca: working age group ) adalah lazim, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kerap melakukan aktiviti fizikal.
Untuk makluman anda, gejala kebas yang sering dialami pada malam hari, boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- pengumpulan cairan tubuh secara mendadak
- gejala alahan kepada sesuatu benda atau perkara
- kesan dari kerja berat
- kekurangan gula atau air dalam tubuh
- tanda gangguan tidur atu kekurangan rehat (baca: extreme fatigue)
atau ia juga boleh menandakan penyakit yang lebih serius seperti:
- gangguan reumatoid (rheumatoid arthritis)
- gangguan saraf (tunnel syndromes)
- gangguan muskuloskeletal
- trauma
- komplikasi obesiti
- gangguan saluran vaskular
- dan lain-lain
Namun untuk mengetahui dengan lebih tepat tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat ( sekiranya perlu ) boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.