
nurulhanan791
3 tahun
Kebas(semut-semut) di bahagian kaki
Saya wanita berusia 23 tahun. Selepas bangung dari duduk makan malam semalam, kaki kanan (right foot only but not the whole right leg) mengalami semut-semut. Setelah beberapa minit, kaki kana saya masih berasa kebas. Saya cuba untuk mengurut dan memakai stokin, tetapi sehingga pagi ini, kawasan tersebut masih berasa kebas. Apa yang perlu saya lakukan untuk hilangkan rasa kebas tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami anda mengalami masalah kaki kebas seperti semut-semut. Anda ingin mengetahui langkah-langkah untuk menghilangkan rasa kebas tersebut. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kebas kaki boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti :
- Gaya hidup yang kurang aktif
- Kecederaan pada bahagian tersebut
- Masalah pada sistem saluran darah
- Masalah sistem saraf
- Penyakit diabetes
- Tekanan darah tinggi
Untuk mendapatkan rawatan yang tepat, anda perlu merujuk kepada doktor untuk mendapatkan puncanya. Namun, terdapat beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk meangatasi masalah ini. Antaranya :
- Pengambilan makanan atau supplemen vitamin B6 dan B12. Contohnya, daging, ayam, ikan
- Kekal aktif dengan melakukan senaman regangan
- Tidak berada dalam satu posisi terlalu lama
Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan nasihat yang lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.