Sulit
3 tahun
Kecederaan Triangular fibrocartilage complex (TFCC)
Saya mempunyai masalah pada pergelangan tangan kanan yang mungkin terjadi akibat dari insiden semasa melakukan aktiviti sukan 6 tahun lepas. Di hujung tahun 2019 saya dapati tahap kesakitan pada pergelangan tangan saya semakin meningkat dan menyukarkan saya untuk melakukan aktiviti seharian seperti mengangkat barang. Oleh itu, pada awal tahun 2020 saya mengambil keputusan untuk pergi ke fisioterapi selama beberapa kali dengan harapan akan ada perubahan dengan kondisi pergelangan tangan saya, namun tiada perubahan. Jadi saya ingin bertanya adakah surgery pilihan yang terbaik dan hospital mana yang terbaik untuk saya jalani pembedahan tfcc? Terima kasih.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Tanpa pemeriksaan secara fizikal tentang keadaan anda, sukar bagi saya untuk memberikan kesimpulan jika anda memerlukan pemebedahan. Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh berpunca oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Carpal tunnel syndrome : Di mana saraf tersebut tersepit di dalam laluan carpal dan mengakibatkan kebas atau sakit tangan
- Peripheral neuropathy ; saraf periferal mengalami masalah sama ada disebabkan oleh kencing manis, jangkitan, kecederaan saraf ataupun sebab lain
- Peripheral artery disease; Di mana kekurangan darah mengalir ke bahagian periferal badan seperti tangan dan kaki
- Kecederaan pada pergelangan tangan sama ada luka ataupun tulang patah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.