
kohchyehuat
2 tahun
Kedua dua kaki bengkak
Saya lelaki berusia 48 tahun. Kaki saya kadang kalanya bengkak apabila berdiri lama ataupun duduk lama. Saya juga kerap kencing dan tidak boleh tahan kencing. Saya tidak pasti sama ada bengkak ini disebabkan ubat darah tinggi yang saya ambil sejak awal tahun ini ataupun minum banyak air. Bengkak tersebut biasanya akan pulih selepas berehat.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,masalah kaki bengkak biasanya boleh disebabkan oleh:
- Kelemahan hati atau heart failure
- Kegagalan buah pinggang atau chronic kidney failure
- Cirosis hati atau liver cirrhosis
- Nephrotic syndrome
- Saluran limfa yang tersumbat atau lymphedema
- Ubatan terutamanya ubatan darah tinggi
- Duduk atau berdiri terlalu lama
Bagi mengatasi masalah anda, puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.