
syamimisazuki123
2 tahun
Kekadang kaki saya tiba ii bengkak
Saya masih bersekolah , saya active dalam aktiviti sekolah tapi saya sering pengsan apabila berdiri lama di bawah matahari dan cepat sesak nafas

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Anemia - kurang sel darah merah
- Dehidrasi - menyebabkan hipotensi postural
- Serangan "vaso-vagal’ - saraf vagus terlebih aktif
- Kurang gula
- Masalah jantung - seperti jantung berlubang, irama tidak stabil
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.