
Sulit
4 tahun
Kelamin bakteria wanita
hi dr,saya nak bertanya adakah bole sy mengambil ubat tradisional (herba) martive dan antibiotik…sekiranya dijangkiti penyakit kelamin dari STD… apa ka kesan yang akan berlaku.UTI telah dijangkiti dan vagina juga semakin sakit mahupun luar dan dalam. apaka itu memang kerap berlaku?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Anda tidak disarankan untuk mengambil apa-apa ubat atau supplemen kerana ia boleh menganggu keberkesanan ubat dan boleh menyebabkan komplikasi kepada kesihatan anda. Saya sarankan anda untuk mengambil ubat yang telah diberikan kepada doktor sahaja. Masalah sakit pada bahagian kemaluan boleh berlaku disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Kista (cyst) seperti Bartholian cyst
- Jangkitan kuman beserta bengkak
- Jangkitan kelamin seperti virus HPV atau sifilis jika ada melakukan hubungan seks
- Batu karang dalam saluran kencing
- Urethritis iaitu keradangan uretra yang timbul akibat jangkitan bakteria seperti Chlamydia ataupun Gonorrhoea
- Cystitis adalah keradangan pundi kencing
- Pyelonephritis merupakan keradangan buah pinggang
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah