
Sulit
4 tahun
Keluar cecair darah selepas seminggu period
Saya seorng wanita berumur 33 tahun. Bulan lepas lebih kurang smggu slpas period terdapat sedikit bleeding, dan hnya ada bila sy buang air, sgat sedikit sprti lendiran atau keputihan. Ianya terjadi dlm satu hari shja. Selepas itu, period sy terlewat dlm 2 minggu. Kemudian pd bulan ini, ada juga keluar darah pd hari ke 19, iaitu lebih kurang smggu slpas period, juga sedikit dan keluar apa bila sy buang air dan kuantiti spt keputihan atau lendiran dan hanya keluar ketika buang air shja…adakah ini normal? Atau sy peelu jalani pemeriksaan kesihatan.

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah keputihan secara amnya boleh disebabkan oleh:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Antara saranan yang dianjurkan ialah:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Anda digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar O&G supaya diagnosis yang paling tepat serta rawatan yang paling bersesuaian boleh diberikan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Terima kasih.