
Anonymous
5 tahun
Keluar cecair seperti lendir dari zakar
Sejak 2 3 hari ini. Saya rasa sakit ketika buang air kecil. Hingga saya sedar. Ada keluar cecair putih kekuning dari zakar saya. Seperti lendir. Boleh saya dapatkan maklumat yg lebih lanjut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, cecair yang keluar dari zakar disertai sakit sewaktu kencing boleh disebabkan oleh beberapa hal, antaranya:
- air mazi/ mani
- kencing kotor
- jangkitan kelamin seperti Gonorrhea, Chlamydia, Syphillis
Sebaiknya anda merujuk ke doktor untuk supaya dapat diperiksa dan dilakukan tes yang sesuai serta diberikan rawatan yang tepat. Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah masih diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.