
Sulit
4 tahun
Kenah jangkitan kuman di punding kencing
Boleh kah saya minum ubat bersamaan dengan minyak zaitun

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kerap kencing serta cairan putih tersebut sebenarnya boleh disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- Jangkitan kuman
- Jangkitan penyakit kelamin seperti virus HPV atau sifilis jika ada melakukan hubungan seks
- Batu karang dalam saluran kencing
- Urethritis iaitu keradangan uretra yang timbul akibat jangkitan bakteria seperti Chlamydia ataupun Gonorrhoea
- Cystitis adalah keradangan pundi kencing
- Pyelonephritis merupakan keradangan buah pinggang
Jelas disini bahawa kondisi ini tidak khas untuk satu jenis penyakit sahaja. Untuk membezakan dan mengenalpasti penyakit sebenar, maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Bagi merujuk doktor untuk ubat apa yang perlu anda ambil dan berkenaan minyak zaitun, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma)untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.