
Sulit
4 tahun
Kenapa tidak rasa apa apa / sedap semasa bersama, juga rasa sedikit sakit semasa bersama. Mohon bantuan doc pakar sekalian
Saya dah berkahwin 4 bulan, semasa bersama saya tidak pernah rasa orgasm di dalam walaupun sekali, ia agak takut jika saya mengalami masalah dalaman. Saya cuba cari cara selain berjumpa doctor pakar contoh supplement. Semasa bersama hanya ada sedikit rasa sakit dihujung faraj. Jika saya boleh tahu cara selain berjumpa doc pakar ada atau tidak selain dari tu? Saya juga mengalami keputihan teruk kadang kala sblm period. Mohon doctor boleh bagi nasihat & jika perlu jumpa sakit puan di mana yg sesuai? Saya berada di sepang. Saya dan suami belum cuba untuk dapatkan baby kerana masih kekangan PJJ. Ia membuat saya tidak selesa setiap malam berfikir. Saya telah cuba berbagai posisi. Terima ksih.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Tidak dapat menikmati hubungan seksual boleh disebabkan oleh:
- rasa malu / bersalah kerana menikmati aktiviti seksual
- overthinking atau kurang percaya diri
- gangguan psikiatri (i.e. depresi, anxiety disorder, dll.)
- tekanan / stres
- sejarah penderaan seksual
- penggunaan ubat-ubatan tertentu,
- usia lebih tua
- keadaan perubatan (i.e. diabetes)
- sejarah pembedahan ginekologi (i.e. histerektomi)
- masalah alat kelamin (i.e. jangkitan kuman, vaginismus, dll.)
- masalah psikososial (i.e. masalah hubungan, konflik keluarga, trust issue, dll)
Walaubagaimanapun, untuk makluman anda, keputihan yang teruk dan kadangkala boleh juga disertai berair boleh disebabkan beberapa perkara yang lain. Antaranya ialah:
- Keputihan fisiologi (yang mana adalah normal jika tidak ada rasa sakit)
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan kelamin yang lain
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar puan tetap perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi puan juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).
Rawatan atau ubat memang memerlukan diagnosis dan konsultasi doktor, namun buat sementara waktu kami sarankan puan untuk :
- amalkan cuci alat kelamin dari depan kebelakang (untuk mengelakkan dari jangkitan ke saluran kencing)
- amalkan hubungan kelamin yang selamat seperti penggunaan kondom (untuk mengelakkan dari jangkitan ke pasangan)
- amalkan pemakanan probiotik seperti yougurt, susu kultur dan suplemen
- memakai pakaian dalam terdiri dari bahan kapas (baca: cotton undergarments)
- berhenti mengamalkan vaginal douching (kerana ia menggangu persekitaran semula jadi di kawasan kelamin anda)
Sekiranya gejala bertambah teruk atau puan merasakan sangat tidak selesa, disarankan untuk berjumpa dengan doktor secepatnya.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah