
Sulit
5 tahun
Keputihan Berbau Hamis selepas period
Saya berumur 25 tahun dan mempunyai masalah keputihan.2 tahun lepas sy pernah terlanjur dan dimaklumkan oleh ex bf, sy mempunyai penyakit gonorrhea dan telah mendapatkan suntikan, dlm masa yg sama sy ambil pil perancang selama beberapa bulan. Mengenai gonorrhea tu sy xpernah check tapi dy yang bgtwu disebabkan dy juga mendapatkan kesan. Sy rasa keputihan sy berbau adalah selepas sy bersama dengan dy…Adakan sy perlu mendapatkan rawatan doktor dan bagaimana caranya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keputihan fisiologi
- Bacterialvaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Neisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan dan ujian supaya punca boleh didiagnosa dan setiap punca mempunya rawatan yang berlainan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.