Sulit
4 tahun
Keputihan bersama sedikit darah
Assalamulaikum, sy ingin bertanyakan tentang keputihan berdarah. Sy berusia 27 tahun dan belum berkahwin. Sebulan kebelakangan ini, sy kerap mengalami keputihan yg disertai sedikit darah / cecair berwarna coklat. Keputihan yg sy alami tidak medatangkan bau, rasa gatal pd vagina. Haid saya selalu lambat sehari atau 2 hari. Apakah rawatan yg sy boleh lakukan? Jika sy ingin rujuk pakar, bagaimana?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keputihan fisiologi
- Bacterialvaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Neisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor Obsteteric and Gynaecology untuk membuat pemeriksaan dan ujian supaya punca boleh didiagnosa dan setiap punca mempunya rawatan yang berlainan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.