
Sulit
5 tahun
Keputihan dan ingin hamil
Saya berusia 25 tahun dan baru saja 6bulab mendirikan rumah tangga . Saya mengalami masalah keputihan dan kini saya mengamalkan jamu dan keputihan saya semakin kurang . Soalan saya boleh tak kalau saya makan folic asid sebelah pagi dan jamu di sebelah malam atau saya harus berhenti mengambil jamu buat sementara

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, cecair kuning atau keputihan yang dialami anda boleh disebabkan:
- Keputihan fisiologi (yang mana adalah normal)
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan kelamin
Kebiasannya keputihan adalah normal. Yang paling utama dalam membezakan keputihan yang normal dan yang berpenyakit adalah bau, warna dan gejala tambahan seperti gatal. Justeru, andainya bau sangat busuk atau mirip bau ikan, warna kekuningan atau kehijauan serta gejala tambahan lain, anda boleh merujuk ke doktor untuk pengubatan. Sekiranya normal, anda mungkin boleh mengamalkan penjagaan kebersihan primer seperti kerap menukar seluar dalam (atau pantyliner ), mencuci dengan bersih, elakkan vaginal douching, serta merapikan bulu kemaluan sekiranya terlalu panjang. Disamping itu, boleh juga untuk berhenti pengambilan jamu yang tidak jelas tujuannya itu
Merujuk kepada folic acid pula, nntuk makluman puan, folic acid diberikan untuk wanita yang merancang untuk hamil bagi membantu mencegah kecacatan otak dan tulang belakang janin yang dipanggil neural tube defects . Untuk mengurangkan risiko kecacatan janin, rekomendasi sebaiknya adalah untuk memulakan pengambilan folic acid sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum hamil. Justeru, harus ditegaskan lagi bahawa pengambilan folic acid tidak mempengaruhi haid anda. Hal ini kerana ia hanya untuk mengelakkan bayi anda cacat sekiranya kekurangan asid folik dalam tubuh.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.