
Sulit
4 tahun
Keputihan dan keraguan pregnant
Saya wanita 20an…mngalami keputihan yg sgt truk sehinggakan warna keputihan brtukar menjdi kecoklatan dn mnghasilkn bau yg sgt xsdp…so pda tggal 13hb lalu…sya dapati pentiliner yg dipakai berdarah…dan sya fikir sya sedang haid…mlm nya pla…sya dan bakal tunang sya melakukan hubungan intim dan bakal tunang sya telah memsuki air mani nya kedalam…tpi dlm msa yg sama…sya x period sprti apa yg sya sangka kan…Apakah dia akan memberi kesan kpda saya untuk pregnant??..sbb smpai hri nie sya belum period lagi…tolong saya

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!