
Sulit
4 tahun
Keputihan tukar berdarah dan sakit perut
Selamat petang doc,Sy dan teman wanita bersama hubungan sex tanpa perlindungan, pada haid tamat hari pertama, selepas hari yang sama dia keluar keputihan kat seluar dalam dan sampai hari ke 10 keputihan ia berlaku, hari ke11 dia berdarah sedikit dan sakit perut, beberapa jam lalu dia sakit perut teruk dan lelehan darah banyak seperti period.apakah masalah sebenar doctor, tanda² awal hamil ke.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Jika anda seorang muslim, diingatkan bahawa perbuatan berhubungan seksual dengan kenalan tanpa akad adalah salah di sisi agama dan sangat berpotensi tinggi untuk terjadinya kehamilan diluar nikah walaupun tidak berlaku penetrasi yang sempurna atau memakai alat perlindungan. Saya berharap agar anda tidak mengulanginya dan cuba mencari jalan bagi menjauhi tabiat tersebut di masa akan datang.
Walaubagaimanapun, untuk makluman anda, masalah keputihan - yang terkadang boleh disertai dan berair atu berdarah boleh disebabkan beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Gonorea,
- Klamidia
- Sifilis
- Jangkitan herpes
- HPV
- atau jangkitan kelamin yang lain
Namun, ia juga boleh menandakan kondisi tubuh seperti
- Gangguan kitaran haid
- Iritasi kulit akibat dari sabun atau bahan-bahan alahan terhadap kulit
- Gangguan kulit
- Mahupun kebersihan diri yang kurang
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan teman wanita anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.