mif172000
5 tahun
Keradangan bahagian ibu jari kaki
Hi doktor sya izwan 19 tahun. Doktor saya mula merasa sakit itu ketika banguj tdur. Ia amat sakit . Bengkak kelihatan pada sebelah kuku. Sya rasa ini ialah cagu. Saya mengalaminya baru sahaja. Persoalannya, perlu ka sya ke hospital utk merawatnya atau melakukan perawatan sndiri d rumah ? . Utk mkluman doktor , skrg sya berada d kolej.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ibu jari kaki terseliuh
- Bahagian tulang ibu jari retak atau patah
- Jangkitan kuman ada tapak kaki
- Masalah reumatoid
- Keradangan pada kaki
- Ingrown nail
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.































