
Sulit
5 tahun
Kerap batuk dan kahak putih berbuih
Saya kerap batuk bermula dari hujung November tahun lepas.
- pada mulanya kahak berwarna kuning namun sekarang kahak menjadi putih, berketul dan berbuih.
- hanya akan alami batuk pada waktu pagi semasa baring.
- saya bukanlah seorang perokok dan tiada seorang pun dalam keluarga saya atau orang sekeliling saya yg merokok.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, batuk berpanjang serta kahak putih berbuih boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan saluran pernafasan atas
- Bronkiektasis
- Tuberkulosis (Tibi)
- Bronkitis
- Kanser paru-paru
Memandangkan anda mengeluhkan bahawa masalah batuk ini telah berlanjutan lama, justeru sebaiknya anda merujuk doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan seperti X-ray, pemeriksaan darah dan sebagainya. Hal ini kerana, sukar untuk menentukan masalah kesihatan yang mendasari keluhan anda ini sekiranya hanya bersandarkan kepada keterangan di sini.
Tambahan lagi, seandainya terdapat ciri-ciri dibawah, anda disyorkan untuk segera ke doktor kerana dikhuatiri terdapat masalah kesihatan yang serius atau parah. Antaranya adalah:
- usia melebihi 50 tahun
- riwayat merokok
- riwayat terdedah kepada asbestos terutamanya sewaktu bekerja
- batuk berterusan
- riwayat ke luar negara
- terdedah kepada pesakit dengan Tibi
- batuk berdarah
- berat badan menurun
- sesak
Untuk maklumat dan info tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.