
Sulit
4 tahun
Kerap kencing, balik2 makan dan perut kembung
Pada 8/08/20 saya datang haid selama 7 hari tetapi sedikit sahaja dan berwarna coklat, saya hanya menggunakan pantiliner sahaja sebab darah tidak keluar seperti saya datang haid selalu… Sekarang sudah 15/9/20 saya masih menunggu kedatangan haid saya. Saya mempunyai 4orang anak. Akan tetapi air susu saya kebiasaannya warna putih susu sekarang ini air susu saya berubah kekuningan dan melekit (kolostrum)… Sekian terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Persoalan anda tentang air susu berubah dari putih menjadi kuning memerlukan maklumat lanjut supaya kami boleh membuat rumusan dan mengesyorkan rawatan yang sesuai.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!