
Sulit
4 tahun
Kerap lenguh tangan kiri dari hujung jari ke lengan
Saya wanita umur 26 tahun. Saya kerap lenguh pada bahagian tangan kiri dari hujung jari ke lengan. Apakah ini merupakan symptom penyakit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tangan lenguh ataupun kebas pada satu sisi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kencing manis
- Akibat saraf terjepit
- Cervical syndrome terkait saraf
- Muscle strain akibat pergerakan otot yang keras
- Penyakit autoimun
- Akibat penyakit hormon seperti tiroid
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.